Wednesday, 27 March 2013

Being a TTCian.

بسم الله الرحمن الرحيم

Tau apa tu TTC? Untuk ibu2 yg mudah rezeki dan cpt mengandung selepas kahwin mmg x faham kot rasanya istilah nie. Jd utk ibu2 kategori nie, bersyukurlah.

TTC - try to conceive atau dlm erti kata lain, cuba untuk hamil.

Seperti yg sy pernah cerita masa awal2 entri blog nie dulu, 1 tahun 9 bulan pada waktu itu, sy masih belum ada zuriat lagi.
Tertekan? Kalau ikutkan sy tak perlu tertekan pun. Sbb anak adalah anugerah, pemberian dan rezeki dr Allah. Bukannya satu kewajipan dimana kalau kita takde anak itu jadi satu dosa. Tp tulah, disebabkan org kita nie kalau xde anak tu mcm dosa besar, tambah pulak mulut2 mengata, membanding, bertanya pulak mcm org xde perasaan je, mmglah saya jadi tertekan, sedih, hampa, kecewa dan seangkatan dengannya.

Alhamdulillah, disebalik semua kepayahan itu sy tak jadi manusia yg alpa dengan nikmat yg sedia ada.

Sy sedih tp sy kuatkan diri, fikir positif bahawa rezeki hak milik Allah, Dia lebih tahu mana yg terbaik utk setiap hamba-Nya jd siapa sy untuk mempersoal kerja Dia? -apatah lagi mereka2 yg bertanya dgn sinis & menjengkelkan tu, siapa mereka?-

Sy juga amat bersyukur dikurniakan suami yg baik, memahami dan tak pernah membuatkan sy rasa kurang. Cukup bahagia. Itu sy rasa.

Walau begitu, itu bukanlah alasan utk sy tidak berusaha. Tak pernah jemu. Dan sy tambahkan dgn keyakinan dan sikap optimis bahawa Allah pasti akan beri. Pasti suatu hari nnt. InsyaAllah.

Pada sahabat2 TTCian, teruskan bersabar. Allah tahu kita nie tergolong dr org yg kuat2, tabah dan gagah. Sbb itu Dia pilih kita untuk terima ujian ini. Jgn berhenti berdoa & berusaha. Jangan sekali.

"Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pd besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta'ala mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah." (H.R Tirmidzi)

Impian setiap insan bergelar wanita. Tolong bantu kami, bukan hina kami.
Image Credit To : Google




No comments:

Post a Comment