Cerita Saya

Assalamualaikum WBH & Salam Mesra buat kawan-kawan yang sudi baca blog nie.


Saya Ayu. Nak glamour lagi, Ayushaza. Haha. Nama betul? Karang2 tau la korang. ^^

By this coming June 2013, my age will turn to 26. Quite old actually. Tapi biasalah, perangai mcm budak dalam buaian je. Hehe.

Saya lahir di Kota Tinggi, Johor dan membesar di Muar, Johor. Mak Abah mmg jati Johor semua dannnn pastinyaaa adalah anakkk Jawaaaaa! *mmg perlu tambah2 kat belakang perkataan, efek bunyi kononnye*

Saya adalah ex- pelajar di tempat2 yg berikut. Wah gitu.

  • Tadika Kg. Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat (1993)
  • Sekolah Kebangsaan Parit Latiff, Muar (1994-1999)
  • Sekolah Agama Parit Latiff, Muar (1995-2001)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Muar (2000-2002)
  • Sekolah Agama Air Hitam Batu 18, Muar (2002)
  • Sekolah Menengah Teknik Gombak, Kuala Lumpur (2003-2004) [sekarang kolej Vokasional Gombak]
  • Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya (2005-2007) [sekarang Pusat Asasi UIAM]
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor (2007-2010)

Nampak tak kasih sayang sy yg melimpah ruah terhadap Gombak tu? Haha. Balik2 Gombak jugak.

Banyak2 tempat berikut yg saya paling sayang, tak boleh lupa dan byk sgt kenangan adalah SMTG. Eventhough sekolah sy tu dah takde skrg, dah naik taraf sbg kolej, ianya masih tetap akan segar dlm ingatan sbg tempat terindah dlm fasa hidup saya. 
Kenapa? Haa, panjang ceritanya. Hehe. Apa pun antaranya, kat situlah sy kenal seorang insan bernama Cik Puan Mah yg sampai skrg setia jd BFF sy . Dan sy harap persahabatan kami dunia akhirat kekal hendaknya. Aaminnn.
Momen paling penting pulak lagi, kalau sy x g sekolah tu, sy tak kenal la Encik Seksi Suami Pengarang Jantung Hati sy. *hamboi, panjang no!* Hihih. 

Cerita pasal tu, sy bertunang pada usia 24 tahun, pass2 la habis blajo oi. Haha. --17/11/2010.
Kahwin umur 25 tahun. --20/03/2011.

Kahwin mmg best. Sy sgt bahagia. Bersyukur pada Yang Maha Kuasa kerana mengurniakan suami sebaik Encik Seksi. ^^

Dan walau menunggu selama 2 tahun tu agak lama, tapi penantian itu berbaloi bila Allah akhirnya bakal kurniakan kami zuriat insya Allah. Terima kasih Ya Allah.

Saat nie, masih di peringkat awal kehamilan. Moga2 semuanya selamat dan berjalan lancar. Ya Allah, permudahkanlah. =)) -- 27/03/2013


ayushayuyu
  

No comments:

Post a Comment