Thursday, 15 January 2015

Great Idea. I suppose?

Assalam & Afternoon Everibadi.

Tulis nie sambil2 tunggu KTM. Yesterday I said I'm about to themed this blog right? So, I thought since I love to travel and eat, (so much >.< ) why not making this blog as references for other people? Dapat pahala bunyinya. 

Eventhough, I nie takde la berjalan jauh2 overseas nun atau tempat mahei2. Bese2 cokia je dlm Mesia terchenta. Yang lebih jauh tu insyaAllah nanti ada rezeki. ^^

Kemain la theme bagai, jap g end up merapu. Tak kisahh la, ko jugak yg membacanya. Hahak. 

Esok lusa nie ada nak berjalan. Will update then. Mmmuaahhhs~

credit: freepik
jalannn yokkk!

~ayushayuyu~

Wednesday, 14 January 2015

Again.

At last, after 1 year and 9 months. 
Assalam & Good Morning everibadi ^^ Dah lama tinggalkan blog nie. Why? 

Sebab tak tahu nak update apa. At first, ingatkan nak story pasal pregnancy onwards tp ditakdirkan takde rezeki pulak. 2 times miscarriage really made me speechless and hopeless. Then dari situ dah malas nak update pape. =|

Last miscarriage was on 18th Nov 2013, and after that I temporarily stopped my planning to have a baby. Kalau diingat-ingat sakit kena korek dgn doc mau mmg tak nak dah peknen. Huhuhu. For me, it's worse than giving birth cause at least after all the pain you'll have the baby, but me? Sakittttt. ='( 

Sorry, suddenly my "after long time" post become a sad confession. Well, now I'm okay. Perfectly fine. Tu yang tulis balik nie. Hahaha. =D

Tapi tak plan lagi untuk peknen, maybe later. *wink*

Now tengah fikir nk buat blog nie themed as apa. Food? Travel? Mihmih. 

Till then, mmmmuaaahhhs~ ❤️

~ayushayuyu~




Friday, 19 April 2013

Doa Seorang Aku

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah,
Ampunkan lah dosa suamiku, ibuku & seluruh ahli keluargaku
Peliharakanlah kami semua dunia & akhirat.

Ampunkanlah dosa Allahyarham Abah, Abang Halim & Embah
Tempatkanlah roh mereka di kalangan orang yang Kau cucuri rahmat.

Ya Allah,
Peliharakan & selamatkanlah anak dalam kandungan ku sehingga saat aku melahirkan
Berikanlah aku & suamiku peluang untuk mendidik anak ini menjadi insan yang berguna dunia & akhirat
Menjadi aset buat kami, dunia & akhirat
Peliharakan & selamatkanlah anak ini seandainya ia adalah rezeki kami
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hamba-Mu

Peliharakanlah & selamatkanlah sahabat-sahabatku yang mengandung
Supaya kami semua selamat melahirkan anak-anak yang
sihat & sempurna, baik akhlaknya, patuh pada agama-Mu serta sunnah Rasulullah

Kurniakanlah aku & suamiku petunjuk supaya kami dapat mendidik anak ini menjadi khalifah di muka bumi-Mu

Ya Allah,
Permudahkan rezeki ku & suami ku
Cukupkan rezeki kami berdua
Kurniakan keberkatan dalam rezeki kami berdua sehari-hari

Peliharakan sahabat baikku Rahmah
Pinjamkan kekuatan & kesabaran-Mu padanya
Kurniakan sahabatku yang terbaik buat dirinya

Ya Allah,
Sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala nikmat & kurniaan-Mu
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Kekal kanlah rasa gembira ku & suamiku ini
Semoga sampai saat kami menjadi ibu & abi

Ampunkan dosa hamba-Mu yang terlalu lemah & hina ini
Ya Allah, ampunkanlah.

ﻭَﺻَﻠﱠﻰﷲُﻋَﻠٰﻰﺳَﻴﱢﺪِﻧَﺎﻣُﺤَﻤﱠﺪٕﻭَﻋَﻠٰﻰﺍَﻟِﻪِﻭَﺻَﺤْﺒِﻪِﻭَﺳَﻠﱠَﻢَ٬ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُﺍﻟﻠِﱣﻪِِﺭَﺏﱢﺍﻟْﻌَﻠَﻤِﻴْﻦَ


Friday, 5 April 2013

1st Check Up & Scan

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, 1/4/2013 saya ke klinik panel En Suami bagi temujanji pertama dgn doktor untuk scan.
Klinik tu namanya Klinik Dr Suhaida dan yg check sy start dari consultation & confirmation adalah Dr Suhaida tu sendiri.

Sebelum datang, doc dah pesan supaya tahan kencing bagi pundi kencing penuh supaya rahim dekat ke kulit dan bila scan nnt nk bg nampak. Jadi mmg sy dah bertahan la, siap masa kat klinik tu nak tershishi gila2 punya. Kemudian, masuk dlm bilik, doc suh baring utk terus buat scan. Start scan, pusing sana, pusing sini still tak nampak apa2, doc ckp dan tunjuk kat screen,  pundi kencing mmg penuh, rahim bengkak tp tak nmpk kantung.

Huh?! Terkejut. Speechless. Sebelum nie sy dah byk baca tentang perkembangan baby dlm kandungan.
8 weeks supposely bukan setakat kantung, baby + heartbeat patut dah ada. Huhu, jadi? Then sy tanya, kalau rahim bengkak tu tandanya apa? Doc kata, maknanya rahim dah bersedia utk mengandung. Doc suh dtg next 2 weeks utk another scan and then, if still tak nmpk, doc akan refer hospital pakar utk further scan sbb kat sana ada vaginal scan which is lebih dekat dan jelas. Doc jugak ckp mmg kena refer pakar sbb dibimbangi kemungkinan kandungan luar rahim ( ectopic pregnancy ) Nauzubillahiminzalik. Mengucap sy dlm hati.

Doc bagi folic acid and set next appoinment 18/4/2013.

Allah, dalam hati, jiwa dan raga nie dah down sgt2.
Allah, anak. Ibu tggu kamu lama sayang, kenapa mcm nie pulak? Huhu.
Kendian cepat2 istighfar. Astaghfirullah, cuma sikit ujian Ayu.

Waktu makan dah diam dah, En Suami pujuk2 ckp "Ala, baby malu tu. Takpun doc td tak pandai pujuk kot. Jgn fikir bukan2 lah. Takde pape tu."

Well, women. wife. a TTC wife. + naluri keibuan nie xkannya leh tak risau. Tak boleh pun nak wat tak risau.
Asyik terfikir2, fikir lagi dan lagi.
Kendian, cuba assume maybe salah weeks? Sbb doc ckp rahim bengkak, ready nak mengandung, jadi mungkin kantung belum jadi. Means belum 8 weeks lagi kot.

Nak kata sy tak mengandung, mmg dah masuk 2 bulan cik Bulan tak datang which is tak berapa nak mungkin utk sy sbb cik Bulan sy teratur. Plus UPT kan +ve. Hurm.

Fikir2 lagi. Nak ckp miscarriage ( Nauzubillah ) pun sy yakin tak sbb mmg takde sekelumit pon bleeding apatah lagi ketul2 tisu or daging or darah. Hurm.

Ntahlah, pagi nie dtg keje terus search google pasal kalau scan x nmpk kantung time 8 weeks normal or tak. Baca punya baca, barulah tahu yg sume baby tak sama development nya. Ada org cepat nampak, ada org lambat nampak. Ada jugak cerita yg mcm nak sama, jadi hati nie rasa lega sikit.


Both stories written in the Forum Ratuhati ( boleh dijadikan rujukan, berinformasi )



Apa pun sambil2 baca tu, ramai yg ckp seeloknya dapatkan juga 2nd opinion dr tempat lain. Jadi skng nie dgn gigihnya tgh survey pakar yang bagus. Sok En Suami dah janji nak bawak g check.

Ya Allah, Permudahkanlah. Andai ianya rezekiku.
أمين يا رب العلمين








Thursday, 4 April 2013

Doa Ibu Untuk Mu Di Dalam

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya rasa saya dah tunggu "dia" lama. Jadi saya rasa trauma. Saya takut. Kalau2 "dia" tak jadi, kalau2 "dia" pergi.

Ya Allah, pinjamkanku kekuatan-Mu, kesabaran-Mu. Tabahkan ku. Moga aku menjadi hamba-Mu yang redha.

Anak ibu,
Ibu sayang sgt-sgt kat kamu. Duk kat dalam sihat2 ye sayang. Ibu jaga kamu baik2 nie. Jangan tinggal ibu ye. "_"

Doa Ibu untuk Mu, Anakku.


بسم الله الرحمن الرحيم

" Ya Allah, peliharakanlah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baikdan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Tuhan semesta alam."
أمين يا رب العلمين

Hamba-Mu ini lemah Ya Allah, hanya engkau tempat aku mengadu, tempat aku memohon pertolongan.
--Tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Allah--

*eyes tearing up*
Image Credit To : Google 




Wednesday, 27 March 2013

Being a TTCian.

بسم الله الرحمن الرحيم

Tau apa tu TTC? Untuk ibu2 yg mudah rezeki dan cpt mengandung selepas kahwin mmg x faham kot rasanya istilah nie. Jd utk ibu2 kategori nie, bersyukurlah.

TTC - try to conceive atau dlm erti kata lain, cuba untuk hamil.

Seperti yg sy pernah cerita masa awal2 entri blog nie dulu, 1 tahun 9 bulan pada waktu itu, sy masih belum ada zuriat lagi.
Tertekan? Kalau ikutkan sy tak perlu tertekan pun. Sbb anak adalah anugerah, pemberian dan rezeki dr Allah. Bukannya satu kewajipan dimana kalau kita takde anak itu jadi satu dosa. Tp tulah, disebabkan org kita nie kalau xde anak tu mcm dosa besar, tambah pulak mulut2 mengata, membanding, bertanya pulak mcm org xde perasaan je, mmglah saya jadi tertekan, sedih, hampa, kecewa dan seangkatan dengannya.

Alhamdulillah, disebalik semua kepayahan itu sy tak jadi manusia yg alpa dengan nikmat yg sedia ada.

Sy sedih tp sy kuatkan diri, fikir positif bahawa rezeki hak milik Allah, Dia lebih tahu mana yg terbaik utk setiap hamba-Nya jd siapa sy untuk mempersoal kerja Dia? -apatah lagi mereka2 yg bertanya dgn sinis & menjengkelkan tu, siapa mereka?-

Sy juga amat bersyukur dikurniakan suami yg baik, memahami dan tak pernah membuatkan sy rasa kurang. Cukup bahagia. Itu sy rasa.

Walau begitu, itu bukanlah alasan utk sy tidak berusaha. Tak pernah jemu. Dan sy tambahkan dgn keyakinan dan sikap optimis bahawa Allah pasti akan beri. Pasti suatu hari nnt. InsyaAllah.

Pada sahabat2 TTCian, teruskan bersabar. Allah tahu kita nie tergolong dr org yg kuat2, tabah dan gagah. Sbb itu Dia pilih kita untuk terima ujian ini. Jgn berhenti berdoa & berusaha. Jangan sekali.

"Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pd besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta'ala mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah." (H.R Tirmidzi)

Impian setiap insan bergelar wanita. Tolong bantu kami, bukan hina kami.
Image Credit To : Google




Tema Apa Sebenarnya?

Al kisah nak dijadikan cerita, blog I nie kan tak hapdate langsung. berhabuk berkurun wat tatau je. Memula ingatkan nak cerita la apa yg jadi currently, tp sbb dah byk sgt perkara berlaku, tatau dah nak cite mana satu.

Jadi, ok x agak2 kalau sy cite je apa yg sy rasa nak cite? Hahah. ( x ksh la yu, ko je pon yg bacanya oi..haha. )

Blog ada byk tema kan? Ada tips & kesihatan, gosip, bride-to-be dll. Sebabkan sy dah terlepas semua2 tu, sy decide nak dedikasikan blog nie sempena perjalanan sy sbg mommy-to-be. Ok lah kan?
sok2 anak dah boleh membaca, I paksa dia baca hasil karya mak dia merapu nie. Haha.

Eh, mommy-to-be?? Hihih.